29 kluster baru dikesan, 19 kluster babit tempat kerja

29 kluster baru dikesan, 19 kluster babit tempat kerja

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 29 kluster baharu Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 19 kluster tempat kerja dan selebihnya lapan berkaitan komuniti serta masing-masing satu kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi.

Kluster itu dikesan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perincian 29 kluster seperti berikut:

Kluster Jalan Radin Dua (Lembah Pantai) dengan 18 kes.
Kluster Jalan Medan Putra (Kepong) dengan 12 kes.
Kluster Taman Perusahaan Kepong (Kepong) dengan tujuh kes.
Kluster Tapak Bina Jalan Sri Permaisuri (Cheras) dengan 132 kes.
Kluster Industri Jaya Sungai Buloh (Gombak dan Petaling) dengan 16 kes.
Kluster Putra Dua (Putrajaya, Titiwangsa dan Petaling) dengan 13 kes.
Kluster Industri Sungai Lalang (Hulu Langat) dengan 52 kes.
Kluster Tapak Bina Jenderam Hilir (Sepang dan Hulu Langat) dengan 32 kes.
Kluster Industri Bunga Tanjung (Seremban, Jelebu dan Rembau) dengan 39 kes.
Kluster Industri Sendayan Metropark (Seremban) dengan 32 kes.
Kluster Industri Emas Satu (Seremban) dengan 103 kes.
Kluster Jalan Daiman (Kota Tinggi) dengan 11 kes.
Kluster Jalan Harmonium 33 (Johor Bahru) dengan lapan kes.
Kluster Industri Bakri Empat (Muar) dengan 13 kes.
Kluster Jalan Tanah Putih (Kuantan) dengan 25 kes.
Kluster Jalan Gebeng 1/11 (Kuantan) dengan 15 kes.
Kluster Industri Jalan Stapunal (Kuala Krai dan Machang) dengan 16 kes.
Kluster Lebuh Pantai Baru (Manjung) dengan 22 kes.
Kluster Dah 90 Industri Sungai Petani (Kuala Muda) dengan 20 kes.
Kluster Taman Tanjung Mas (Kota Bharu) dengan 15 kes.
Kluster Kampung Batu 8 1/4 (Kota Bharu) dengan 10 kes.
Kluster Kampung Istimewa 2 (Sandakan) dengan 27 kes.
Kluster Lumadan (Beaufort) dengan 46 kes.
Kluster Bandar Baru Sentul 2 (Kepong) dengan 55 kes.
Kluster Sega (Bau dan Kuching) dengan 19 kes.
Kluster Taman Tasek Solok Dua (Kinta) dengan 19 kes.
Kluster Titian 2 (Labuan) dengan 37 kes.
Kluster jalan Ria (Muar) dengan 29 kes.
Kluster Jalan Jenderam Hulu (Sepang dan Petaling) dengan 15 kes.

29 kluster

Hisham berkata, sebanyak 2,999 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 855 daripadanya kluster aktif dan 2,144 lagi sudah tamat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/29-kluster-covid-19-19-babit-tempat-kerja/

BACA JUGA : Panas !!! Kerajaan PN tak gagal tapi Zahid yang gagal, kata Bersatu