28 ribu doktor pakar diperlukan Malaysia menjelang 2030 – Khairy

28 ribu doktor pakar diperlukan Malaysia menjelang 2030 – Khairy

Keperluan doktor pakar akan meningkat kepada 28,000 orang pada tahun 2030 untuk merawat golongan warga emas dan penyakit tidak berjangkit, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menafikan sektor kesihatan negara ini mengalami kekurangan doktor pakar hingga mengakibatkan ada pesakit terpaksa menunggu satu tempoh masa tertentu untuk mendapatkan rawatan susulan.

Beliau berharap Kementerian Kewangan dapat memberikan komitmen supaya KKM dapat memberikan tajaan kepada doktor kontrak melanjutkan pengajian supaya dapat memenuhi keperluan pakar sedia ada.

28 ribu doktor pakar diperlukan Malaysia menjelang 2030 - Khairy

Khairy Jamaluddin berkata seramai 13,000 doktor pakar sedang berkhidmat di sektor perubatan awam dan swasta. 

Terdahulu Khairy memaklumkan, seramai 13,000 doktor pakar sedang berkhidmat di sektor perubatan awam dan swasta.

“Sekarang ini kita tidak kekurangan doktor siswazah tetapi apa yang kita perlukan doktor pakar. Kekurangan pakar ini menyebabkan pesakit perlu menunggu.

“Oleh sebab itu, MOF harus memberi komitmen supaya kita dapat melatih doktor-doktor kontrak menjadi pakar demi memenuhi keperluan 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PKR-Tangga Batu) tentang masa depan doktor kontrak yang sehingga kini masih belum diserap dalam perjawatan tetap.

Menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang mahu KKM memaklumkan faktor menyebabkan doktor terutamanya pakar meletak jawatan, Khairy menjelaskan ia disebabkan menerima tawaran lebih baik di sektor swasta.

“Antara faktor mereka tinggal perkhidmatan awam ialah peluang di sektor swasta terutamanya bagi pakar, walaupun dari masa kesemasa pemberian elaun kepakaran kepada pakar kita dalam perkhidmatan awam namun ia tidak boleh setanding apa yang di swasta.

“Kita juga beri kelonggaran kepada pakar kita satu hari seminggu melaksanakan tugas di sektor swasta bagi mendapatkan pendapatan tambahan, kemudahan ini perlu kita beri kepada mereka supaya kekal dalam sistem kesihatan awam,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/malaysia-perlu-28000-doktor-pakar-menjelang-2030-kata-kj/

BACA JUGA : Kapasiti Masjid : “Jangan salahkan Imam, tapi persoal menteri”