22 bulan Adly terajui Melaka dengan bersih dan adil

22 bulan Adly terajui Melaka dengan bersih dan adil

Ini adalah thumprint terakhir Ketua Menteri Melaka sebelum keluar daripada Pejabat Ketua Menteri disebabkan berlakunya pengkhianatan di Negeri Melaka… Tetap tersenyum seperti biasa dan tidak sikit pun berasa gundah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh beberapa ADUN yang menyertai Perikatan Nasional…

22 bulan menerajui Negeri Melaka… Banyak perubahan yang dilakukan olehnya… Banyak kepentingan masyarakat di Negeri Melaka didahulukan… Banyak penjimatan telah dilakukan… Memerintah secara adil dan saksama… Tidak banyak berbicara tentang politik ketika menjadi Ketua Menteri Melaka hanya menumpukan pentadbiran kerajaan negeri bagi memacu Negeri Melaka menjadi ke arah yang lebih baik serta menjadikan Negeri selangor sebagai Role Model.

Dengan kerana itu, semasa keluar daripada pejabat Ketua Menteri… Dia hanya membawa Senaskah Al Quran dan tidak pun membawa dokumen dokumen sulit atau sebagainya… Membuktikan dia tidak melakukan perkara perkara yang tidak baik semasa memerintah…

Saya percaya, rakyat Negeri Melaka sangat menyenangi dia semasa menjadi Ketua Menteri dan mahukan dia sekali lagi menjadi ketua Menteri Melaka semula. Sama sama kita berdoa dan berusaha untuk sekali lagi mengangkat dia menjadi Ketua Menteri Melaka.

Wan Motor

Sumber:

COMMENTS