20 ribu batang rokok untuk kegunaan sepasang suami isteri

Seorang lelaki ditangkap bersama 20,000 batang rokok yang diletakkan dalam dua beg pakaian di lapangan Terbang Luton.

Lapor Metro, lelaki itu yang dikenali sebagai Peter Bojkun, 56, memberitahu, kesemua rokok tersebut adalah untuk dia dan isterinya.

Bojkun memberitahu juri, dia dan isterinya menghisap lima kotak rokok sehari.

20 ribu batang rokok untuk kegunaan sepasang suami isteri

Jelasnya, dia membeli rokok dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai bekalan semasa musim sejuk.

Bojkun ditahan oleh pihak kastam di lapangan terbang tersebut pada Ogos 2018.

Dalam sesi perbicaraan, lelaki itu memaklumkan dia membeli kesemua rokok berkenaan di Sloivakia, iaitu tempat asalnya dan harga rokok lebih murah.

“Saya tidak pernah menjual rokok seludup dan kesemua rokok itu adalah untuk keperluan saya serta isteri.

“Kami boleh habiskan rokok sebanyak itu dalam tempoh empat bulan atau kurang,” katanya dalam mahkamah.

Bojkun sebelum ini pernah ditahan bagi kesalahan sama apabila membawa 42,000 batang rokok pada 2017 dan 21,000 pada April 2018.

Sementara itu, mahkamah menangguhkan perbicaraan dan Bojkun dibenarkan diikat jamin sebelum hukuman diputuskan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/lelaki-seludup-20000-batang-rokok-dakwa-untuk-kegunaan-sendiri-dan-isteri/

BACA JUGA : Aishah positif Covid-19, dibawa ke hospital