2 MP Pas bakal sokong Anwar pada sesi temuduga peribadi kelak

2 MP Pas bakal sokong Anwar pada sesi temuduga peribadi kelak

Dua ahli parlimen Pas dikatakan akan turut serta memberikan sokongan kepada Anwar bagi memastikan jumlah sokongan Anwar Ibrahim kali ini mencecah dua pertiga di parlimen.

Bagaimanapun kedua-dua ahli parlimen ini masih berdiam diri sehingga kini kerana mahu proses Anwar bertemu YDP Agong berjalan lancar dan proses pembentukan kerajaan baharu itu berjalan dengan teratur dan tidak hingga mencetuskan PRU.

Ahli parlimen dari utara dan pantai timur itu juga berharap agar partinya membuat keputusan untuk menyokong usaha Anwar ini bagi mengekalkan majoriti melayu Islam dalam kerajaan namun gusar kerana sehingga kini parti itu memilih untuk tidak menyokong usaha terbabit.

Dikatakan agak rimas dengan kerajaan PN yang mempunyai majoriti tipis ini, salah seorang ahli parlimen tersebut menyatakan “Dengan majoriti yang ada sekarang, apa pun kerajaan tak boleh buat… Hanya sekadar bahagi-bahagikan jawatan sesama sendiri sahaja tapi bagaimana dengan nasib rakyat yagn memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.”

Menurut beliau lagi “Bila kita masuk kerajaan PN dahulu, kita dijanjikan sokongan dua pertiga majoriti untuk kita laksanakan banyak benda dan agenda”

“Namun malangnya hingga kini majoriti kekal seperti mana semua maklum dan kerajaan terpaksa berhempas pulas memujuk parti-parti dalam kerajaan untuk tidak berpaling tadah.” tambah beliau lagi.

Situasi ini menurut beliau bakal membawa risiko usul yang dibawa kerajaan gagal dapat sokongan sekiranya ada ahli parlimen kerajaan sekarang berhalangan atau jatuh sakit. “Ini tidak bagus untuk negara” tambah beliau lagi.

Anwar dijangka menghadap YDP Agong selasa ini, namun nama keduanya masih belum berada dalam senarai tersebut. Cuma mereka mungkin mengambil tindakan nekad apabila kemungkinan ditemuduga secara peribadi oleh Agong kelak untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber :