2 maut jatuh lubang pembentungan setelah hidu gas beracun di Dengkil

tembak

Polis mendapati dua pekerja warganegara India yang maut terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja pembersihan pembentungan di Dengkil dekat sini semalam terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira 6.1 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk ujian awal Covid-19 dan bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian lebih terperinci.

“Ketika membuat pembersihan, kedua-dua mangsa disyaki terhidu gas beracun yang terdapat di dalam pembentung sebelum terjatuh.

2 maut jatuh lubang pembentungan setelah hidu gas beracun di Dengkil

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

“Kedalaman pembentung itu kira-kira 6.1 meter manakala kedalaman air di dalamnya kira-kira 2.13 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, dua pekerja warganegara India maut selepas terhidu bau kimia dalam loji kumbahan yang terletak di tepi jalan berhampiran kilang Lam Soon di Pinggiran Cyber, Dengkil petang semalam.

Mayat pertama dikeluarkan pada pukul 4 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada 5 petang.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/jatuh-lubang-pembetungan-lepas-terhidu-gas-beracun/

BACA JUGA : Doktor enggan rawat pesakit yang antivaksin