2 lagi Adun Warisan pula umum keluar parti

2 lagi Adun Warisan pula umum keluar parti.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Peter Anthony meninggalkan Warisan dan bakal menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, penubuhan parti baharu yang berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) itu hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Turut bersama Peter hari ini ialah ADUN Limbahau, Juil Nuatim yang turut mengumumkan beliau meninggalkan Warisan.

Sebelum ini, tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti, iaitu Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama).

Hassan dan Mohamaddin kemudian menyertai Bersatu, manakala Yusof kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan sehingga kini.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu adalah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

BACA:

Kes Covid-19 naik ke 150 sehari, penduduk Xian diperintah kekal di rumah
400 pelajar Parlimen Parit Buntar terima sumbangan kelengkapan sekolah