2 bayi alami alahan teruk setelah tersalah diberi suntikan vaksin Pfizer

Dua bayi baru lahir di Brazil diberikan suntikan vaksin Covid-19 secara tidak sengaja dan terpaksa dimasukkan ke hospital, lapor media Brazil.

Bayi perempuan berusia dua bulan dan bayi lelaki empat bulan masing-masing disuntik vaksin Pfizer, berbanding vaksin kombinasi untuk imunisasi melawan difteria, tetanus, pertusis dan hepatitis B.

Menurut Sputnik yang memetik media tempatan, Uol pada Ahad, kedua-dua bayi mengalami alahan teruk selepas vaksin berkenaan.

2 bayi alami alahan teruk setelah tersalah diberi suntikan vaksin Pfizer

GAMBAR HIASAN

Jururawat yang menguruskan pemberian vaksin itu digantung kerja sementara siasatan dalaman dibuat.

Vaksin Pfizer diluluskan untuk pemberian ke atas kanak-kanak seawal usia lima tahun di beberapa negara.

Pihak berkuasa kesihatan Brazil, Anvisa meluluskan vaksin itu untuk kanak-kanak atas 12 tahun pada Jun lalu.

BACA JUGA : Zahid takut rupanya kepada Ismail Sabri
Wanita ditawar RM1 juta untuk kahwini Menteri, akhirnya Tengku Zafrul buka mulut

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)