“Kalau PM yakin ada sokongan, buat sidang media, jangan panggil media kerajaan sahaja” – Kadir Jasin

“Kalau PM yakin ada sokongan, buat sidang media, jangan panggil media kerajaan sahaja” – Kadir Jasin

Buktikan Sokongan Besar di Parlimen

Inti patinya Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin, yakin dia mempunyai sokongan yang besar.

Dia yakin kedudukan dia adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang.

Dia kata dia ada sokongan besar tapi dia tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi lebih besar daripada dia.

Jawapannya kalau dia ada sokongan besar, tidak perlulah dia takut untuk adakan semula sidang Parlimen dan benarkan undi percaya atau tidak percaya terhadapnya.

Dengan membenarkan sidang Parlimen serta undi percaya atau tidak percaya dapatlah dia tahu parti mana yang mempunyai jumlah kerusi lebih besar daripada dia. Tak payah susah-susah beli MP atau kumpul SD.

Mudah saja. Tak perlu buat macam-macam tipu-helah dan angkara yang menyusahkan rakyat jelata dan menjatuhkan imej negara di mata dunia. Hari ini, kalau ikut standard demokrasi Malaysia setaraf dengan Burma. Sama-sama rampas kuasa.

Kalau awal-awal lagi guna dewan Parlimen untuk ambil alih kuasa dan bukan sambil makan mewah di Hotel Sheraton, tentu rakyat jelata dan dunia lebih mudah percaya kepada kerajaan abah.

Jangan sekali-kali lupa fatwa politik Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebelum dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah iaitu kerajaan abah ini adalah kerajaan ikut celah atap. Manalah tahu, boleh jadi berdosa kalau tak percaya!

Muhyiddin kata, dia berpegang kepada janji yang darurat akan ditamatkan lebih awal daripada 1 Ogos, jika pandemik Covid berjaya dibendung. Soalnya apakah ukuran berjaya dibendung itu? Takut jadi macam PKP dan SOP. Boleh disambung dan dipinda dengan hanya Ismail Sabri bersuara.

Akhir kalam, kalaulah dia benar-benar mempunyai sokongan yang besar dan segala-galanya telus maka lebih baik kenyataan itu dihebahkan dalam sidang akhbar terbuka supaya wartawan daripada segala organisasi media dari dalam dan luar negara boleh berinteraksi dengannya. Bagi interview hanya kepada Bernama dan “friendly media” tak berapa meyakinkan.
Wallahuaklam. Terima kasih.

Sumber: