17 daripada 22 tuntutan MA63 berjaya dituntut sewaktu PH dan Warisan jadi kerajaan – Shafie

17 daripada 21 tuntutan di dalam Perjanjian Malaysia 1963 / MA63 telah berjaya kami tuntut kurang dari 2 tahun Warisan dan Pakatan Harapan memerintah sejak tahun 2018.

Sidang DUN Negeri Sabah yang bermula hari ini sehingga 23 September 2021 nanti akan saya gunakan untuk terus menyuarakan tuntutan-tuntutan dan juga cadangan kepada kerajaan Negeri Sabah supaya manfaat dapat dinikmati oleh rakyat.

17 daripada 22 tuntutan MA63 berjaya dituntut sewaktu PH dan Warisan jadi kerajaan - Shafie

Dalam masa yang sama, SOP yang berat sebelah semasa musim pandemik Covid-19 seperti yang berlaku pada hari ini harus dikaji semula.

Sebagai contoh, urusan di bank-bank hanya dibenarkan untuk pelanggan yang telah mendapat suntikan lengkap 2 dos. Pada masa ini, penduduk Sabah masih lagi kurang 55% yang telah mendapat suntikan vaksin lengkap 2 dos.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan setiap rakyatnya selamat, dan dalam masa yang SOP ataupun peraturan yang tidak sesuai digunapakai, perlu ditambah baik dan diserasikan dengan keadaan semasa.

Banyak lagi yang akan saya suarakan, esok 22 September 2021 Sidang DUN Sabah!

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Khalid dedah kenapa PM tak buat undi percaya

COMMENTS

Wordpress (0)