1,549 laporan kesan sampingan serius akibat vaksin diterima KKM

1,549 laporan kesan sampingan serius akibat vaksin diterima KKM.Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 23,163 laporan kesan sampingan daripada penerima vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Feb hingga 20 Nov lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Aaron Ago Dagang berkata, jumlah itu adalah 0.45% bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan.

Daripada jumlah itu katanya, 93.3% penerima menghadapi kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di bahagian suntikan, demam, pening serta keletihan tetapi mereka pulih dalam tempoh beberapa hari.

Menurut laporan FMT “Hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius, iaitu 0.03% bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan, iaitu penerima dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan selama beberapa hari,” katanya di Dewan Rakyat.

laporan

Daripada jumlah kes serius itu, terdapat 535 laporan kematian, tetapi ia bukan disebabkan kesan secara langsung daripada suntikan vaksin, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain berdasarkan hasil bedah siasat.

Sehingga kini katanya, tiada kematian berpunca daripada suntikan vaksin, termasuk penerima dos penggalak daripada jenama berlainan.

Beliau menjawab pertanyaan R Sivarasa (PH-Sungai Buloh) berhubung hasil pemantauan KKM ke atas penerima vaksin sejak PICK dilancarkan Februari lalu, sama ada terdapat kematian atau kesan negatif yang dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19.

Sivarasa turut menggesa KKM menjadikan India sebagai rujukan kerana berjuta-juta individu di enam negerinya, termasuk Goa, New Delhi dan Uttar Pradesh diberikan ubat Ivermectin pada peringkat awal jangkitan Covid-19 yang terbukti berkesan serta tiada kematian direkodkan.

BACA: Akhirnya pengasas Didi & Friends terpaksa ucap selamat tinggal…

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 5 days

    You are a very smart person!

    http://www.frolpwecerit.com/