14 tahun dipenjara kerana bunuh isteri, banduan ini masih terima surat cinta dari 9 wanita

14 tahun dipenjara kerana bunuh isteri, banduan ini masih terima surat cinta dari 9 wanita.Masih terima surat cinta daripada peminatnya. Itu pesona seorang tahanan penjara di Ireland.

Banduan itu dihukum penjara seumur hidup akibat bersalah membunuh isterinya, Rachel Callaly.

Namun, Joe O’Reilly masih tetap menerima surat cinta daripada sembilan wanita walaupun selepas 14 tahun menghabiskan masanya di penjara.

Sumber penjara memberitahu DublinLive, Joe dihubungi sembilan wanita berbeza dan mereka percaya lelaki itu tidak bersalah.

Katanya, wanita itu kerap menulis surat kepada O’Reilly yang dikatakan sukakan perhatian.

“Wanita ini semua mesti kesunyian sampai terpikat dengan orang macam dia.

dipenjara

“Dia ada ramai peminat berbanding banduan lain di penjara. Apapun alasannya, wanita ini nampak macam sayangkannya.

“Mereka lupa dia pernah bunuh isterinya dan dia didapati bersalah oleh hakim,” katanya dalam Daily Mirror.

O’Reilly, 49, kehilangan 25 kilogram ketika menghabiskan masanya di Penjara Wheatfield.

Bekas kekasih gelapnya, Nikki Pelley yang menjalin hubungan enam bulan sebelum kematian isterinya, masih setia melawatnya sampai sekarang.

O’Reilly akan dipertimbangkan untuk dibebaskan lagi pada tahun berikutnya, selepas rayuannya ditolak tiga kali oleh Lembaga Parol.

Bagaimanapun, keluarga Rachel berkeras lelaki itu perlu dihukum lebih lama.

Pada Oktober 2004, Rachel, 30, dipukul hingga mati di bilik tidur rumahnya bersama O’Reilly di Naul, North Country Dublin.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/749850/pesona-tahanan-penjara

BACA: Pendakwa tarik balik 29 pertuduhan rasuah, bekas Lembaga Pengarah Felda bebas