14 gajah liar dilapor lakukan perjalanan 1,300 km selama 110 hari

Sekumpulan gajah liar Asia yang melakukan pengembaraan di Yunnan selama 110 hari kini balik semula ke habitat asal di Pu’er, selatan wilayah itu.

Menerusi rakaman pada Ahad, kesemua 14 gajah itu dilihat menyeberangi Sungai Yuan selepas mengembara sejauh 1,300 kilometer melalui tiga bandar dan lapan kaunti sejak 16 April.

Sepanjang perjalanan mamalia itu, tiada kes kematian dan kecederaan manusia dilaporkan susulan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan.

FOTO fail menunjukkan gajah berkenaan berehat kerana keletihan ketika pengembaraan itu.FOTO AFP

Setakat 8 Ogos, lebih 25,000 anggota polis dan petugas dikerah untuk memantau pergerakan kawanan gajah itu, selain menggunakan 973 dron serta menempatkan 15,000 kenderaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 150,000 penduduk dipindahkan ke kawasan lain bagi tujuan keselamatan, manakala sebanyak 180 tan makanan turut disediakan kepada kumpulan gajah berkenaan.

Selain itu, 13 pakar dari Pusat Penyelidikan Gajah Asia Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara, Institut Zoologi Kunming, Universiti Yunnan, Universiti Perhutanan Beijing dan jabatan lain turut memberikan panduan saintifik dan sokongan teknikal sepanjang pengembaraan gajah berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan akan mendokumentasikan pengalaman mengendalikan keadaan itu untuk rujukan di masa depan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/08/740929/14-gajah-liar-balik-ke-habitat-asal

BACA JUGA : Kerajaan pertimbang beri kelonggaran kepada negeri fasa 1