13 Oktober : AMANAH serah kepada kebijaksanaan YDP Agong

13 Oktober : AMANAH serah kepada kebijaksanaan YDP Agong

Sejak Khamis yang lepas, masyarakat umum membicarakan tentang tarikh 13 Oktober 2020 susulan kenyataan dari Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah diperkenan untuk menghadap Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan dari kenyataan tersebut, timbul berbagai spekulasi tentang politik negara. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengguriskan hati mana-mana pihak.

AMANAH yakin Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong cukup arif dalam menguruskan perkara ini. AMANAH juga menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan dalam hal ini.

Pimpinan AMANAH akan bermesyuarat bagi menentukan arah tuju parti buat masa ini dan akan datang dengan penuh berhemah.

Dalam masa yang sama, gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda negara. Jumlah kes positif baharu terus meningkat. Justeru perlulah kita semua mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kita belum menang dalam melawan musuh yang tidak nampak ini.

MOHAMAD BIN SABU

Presiden Parti Amanah Negara

Sumber :

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMANAH12 Oktober 2020Sejak Khamis yang lepas, masyarakat umum membicarakan tentang tarikh…

Posted by Mohamad Sabu on Monday, October 12, 2020

COMMENTS