11 guru di sebuah Sekolah di Kelantan positif Covid-19

Seramai 11 guru dan seorang murid di sebuah sekolah di Ketereh, di sini, positif Covid-19.

Kes berkenaan kemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru lain serta murid.

Susulan kejadian itu, sekolah berkenaan mula ditutup hari ini dan 24 orang guru lagi kini menjalani kuarantin.

Sumber berkata, kes berkenaan mula dikesan semalam selepas guru berkenaan menjalani ujian calitan, sebelum pihak terbabit mengambil keputusan untuk menutup sekolah berkenaan.

“Penutupan itu dibuat selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah.

“Bagaimanapun sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini dan esok berjalan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini sehingga 3 April depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada aktiviti majlis perkahwinan.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/687583/11-guru-seorang-murid-di-ketereh-positif-covid-19-metrotv

COMMENTS

Wordpress (0)