๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜€ ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ผ๐—ฟ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato Abdul Malik Kassim berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu 5 waktu sekurang kurangnya, ini ialah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah- Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 – Kaedah 35

Masjid hendaklah di gunakan sebagai-

a) tempat orang-orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain

b) Pusat kegiatan Agama Islam dan Pembangunan Ummah dan

c) Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAINPP dan maklumat lain.

Saya ingin menasihati dan memperingatkan semua Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa kariah tentang bidang kuasa sebagai pentadbir masjid serta tanah tanah wakaf masjid dan tanah perkuburan masjid sebagai bagi pihak atau wakil MAINPP seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

Pengerusi dan AJK bukan mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil MAINPP sahaja.

Kaedah 32 Tindakan AJK kariah dan Pegawai Masjid yang tidak berpatutan

Jika MAINPP atau Setiausaha MAINPP berpuas hati setelah menjalankan siasatan yang wajar bahawa mana-mana Pegawai Masjid atau AJK Kariah atau AJK Biro sesuatu kariah masjid

a) telah bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak berpatutan dan melaksanakan tugas tugas di bawah Kaedah-kaedah ini atau
b) telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang di pertanggungkan padanya di bawah kaedah-kaedah ini

Mainpp atau Setiausaha Mainpp bolih memberi arahan secara bertulis mengkehendaki Pegawai Masjid atau AJK Kariah atau AJK biro itu melaksanakan fungsi fungsinya mengikut cara yang di tentukan olih MAINPP dan AJK kariah atau Pegawai Masjid dan AJK Biro hendaklah mematuhi arahan itu

Setiausaha MAINPP melalui Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjutnya.

Saya menganggap notis Operasi Masjid yang dikeluarkan oleh Pengerusi yang bertarikh 24/12 itu tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid

Saya juga sedih membaca artikel di media sosial yang bertajuk โ€˜Berita Yang Amat Pedihโ€™ sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan keadaan, sepatutnya orang yg berkenaan melapor tentang notis itu kepada yang bertanggungjawab untuk diselesaikan dengan berhemah dan tertib bukan dengan memburukkan lagi keadaan. Saya menganggap orang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan yang tidak baik di kalangan ummah dan memburukkan imej Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang

Sekian, terima kasih.

๐——๐—”๐—ง๐—ข ๐—›๐— ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—