Pasti kita terbiasa membaca pernyataan- pernyataan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Islam terancam di Malaysia, Islam tidak terbela, Islam dihina di bawah pentadbiran PH.
Namun apabila membuat perbandingan apa berlaku di bawah Pakatan Harapan terutamanya pentadbiran Islam, kita melihat sesuatu sangat berbeza dengan apa didakwa, misalnya 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒂𝒅𝒃𝒊𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 jauh lebih tinggi dengan apa diperuntukkan sebelum ini.
𝐑𝐌𝟏.𝟐 𝐛𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧 diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 berbanding 𝐑𝐌𝟏.𝟏 𝐛𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧 pada tahun 2018. Peruntukan kepada Sekolah Tahfiz 𝐑𝐌𝟓𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 𝐑𝐌𝟓𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 dan Institusi Pondok 𝐑𝐌𝟐𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚. Manakala 𝐑𝐌𝟏𝟏.𝟖 𝐣𝐮𝐭𝐚 untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita.
YB Menteri DS Mujahid Yusof mengumumkan wang 𝐑𝐌𝟐.𝟔 𝐣𝐮𝐭𝐚 dan melancarkan Tabung Kebajikan Guru KAFA Seluruh Malaysia contoh mudah menjaga kebajikan para guru KAFA. Wang diagih mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri, 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐑𝐌𝟑𝟖𝟖,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎. Tabung ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan Guru-Guru KAFA bukti keprihatinan Kerajaan melihat kebajikan para guru KAFA sebagai keutamaan.
Kerajaan berusaha 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐤𝐞 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 “𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚” 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠.
Mengikut catatan disediakan jumlah dana yang diagih kepada Guru-Guru KAFA mengikut negeri :
1. Kelantan – RM388,000.00
2. Terengganu – RM250,400.00
3. Perak – RM249,760.00
4. Kedah – RM241,920.00
5. Selangor – RM202,640.00
6. Sarawak – RM194,320.00
7. Pahang – RM192,320.00
8. Sabah – RM176,720.00
9. Johor – RM167,200.00
10. Negeri Sembilan – RM159,040.00
11. Pulau Pinang – RM123,200.00
12. Melaka – RM113,760.00
13. Wilayah Persekutuan – RM88,480.00
14. Perlis – RM52,480.00
Usaha memperkasakan perundangan syariah di negara mesti dimulakan dengan memperkemas sistem mahkamah syariah dan instrumen berkaitan dengannya, termasuk hakim dan peguam syarie.
Antara usaha dilakukan Kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah.
𝐢. 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐤𝐢𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢-𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡.
𝐢𝐢. 𝐌𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐄-𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬-𝐤𝐞𝐬 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
𝐢𝐢𝐢. 𝐌𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚;
𝐢𝐯. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐥𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤;
𝐯. 𝐌𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 (𝐁𝐒𝐊) 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢-𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡;
𝐯𝐢. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐞 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐳𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐅𝐚𝐭𝐰𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞-𝟕𝟑, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟎𝟔.
𝐯𝐢𝐢. 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡, 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬, 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠;
𝐯𝐢𝐢𝐢. 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐝𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢-𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐜𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
𝐢𝐱. 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐄-𝐅𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬-𝐤𝐞𝐬 𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤.
Contoh kejayaan yang 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 ialah 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟏𝟗 diluluskan parlimen pada 16 /8/2019 meningkatkan profesionalisme peguam syarie, mewujudkan 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐬 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧𝐚𝐡, peningkatan kompetensi 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐤𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐢 mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda’, 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 (𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡-𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧)𝟏𝟗𝟗𝟑 (𝐀𝐤𝐭𝐚 𝟓𝟎𝟓) (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫) dan mewujudkan 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐬𝐭-𝐓𝐫𝐚𝐜𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬-𝐤𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐫𝐚𝐢𝐚𝐧.
𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐡𝐢𝐧𝐚???
Kerajaan tegas menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW terutama melibatkan media sosial, ia boleh dilihat 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐠𝐚𝐬.
Data dikeluarkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama JAKIM sebanyak 𝟓𝟎𝟎𝟎 aduan diterima, 𝟓𝟑 tindakan telah diambil diambil SKMM dan PDRM, dan 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 dikenakan seperti apa berlaku kepada kes 𝐖𝐚𝐢 𝐅𝐨𝐨 𝐒𝐢𝐧𝐠, 𝐘𝐚𝐳𝐢𝐝 𝐊𝐨𝐧𝐠 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐨𝐧𝐲, 𝐀𝐥𝐯𝐢𝐧 𝐂𝐡𝐨𝐰 𝐌𝐮𝐧 𝐅𝐚𝐢.
Ini boleh dijadikan kayu ukur ketegasan kerajaan menangani 𝐢𝐬𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐀𝐖, jadi dimana terancamnya Islam jika Kerajaan berusaha memastikan langkah pencegahan dan membendungnya sewajarnya.
Isu Islam terancam dan dihina kadangkala tenggelam sebentar kemudian timbul semula dalam politik kepartian negara kita.
Fundamental yang menjadi teras kewujudan negara Malaysia, Islam sudah terjamin, pertamanya, Islam Agama Rasmi Persekutuan terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan.
Keduanya, Islam diberikan tempat tinggi di setiap negeri di Malaysia, kerana pentadbiran agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri dan ketua agama berautoriti di bawah Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu.
Ketiga, setiap negeri ada Majlis Agama Islam Negeri dipengerusikan Tuanku Sultan atau Raja Muda mengawal dasar dan polisi menjaga Islam, manakala Jabatan Agama Negeri bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi tersebut.
Keempat, peruntukkan khusus dalam perlembagaan tentang pengawalan pengembangan agama-agama lain di bawah Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga Enakmen-enakmen di negeri.
Kelima, 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦.
Keenam, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐨𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐢 𝟔𝟎% daripada jumlah keseluruhannya, begitu juga komposisi Ahli Jamaah Menteri, iaitu 𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 dan 𝟏𝟖 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮.
Jadi, dimanakah Islam Terancam??? Bukankah yang terancam itu ialah politik kepartian pembangkang tertentu yang telah kehilangan sokongan setelah melihat kejayaan demi kejayaan dilakukan Kerajaan PH dalam memastikan pentadbiran Islam di Malaysia terjaga dan terpelihara
Tepuk dada tanya Iman???
𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐯𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦.
𝐌𝐚𝐭 𝐏𝐢𝐤𝐢𝐚𝐪